Home » Kenyataan Media » YADIM GERAKKAN EJEN DAKWAH BERI PENCERAHAN AJARAN AHMADI.

YADIM GERAKKAN EJEN DAKWAH BERI PENCERAHAN AJARAN AHMADI.

 

YADIM memandang berat berkaitan penularan video melalui platfom Tik Tok dengan nama akaun Ahmadi : Agama Keamanan dan Cahaya yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penerangan mereka dan mempunyai lebih 30,000 pengikut dan video ditonton oleh ribuan pengguna media sosial tersebut.

Umat Islam di Malaysia dinasihati tidak mudah terpengaruh dengan ajaran Ahmadi ini yang sengaja menghasut masyarakat untuk mempercayai kononya Imam Mahdi telah menjelma bersama-sama dengan mereka.

Ini bukanlah kali pertama gerakan sebegini wujud di negara ini mahupun di dunia secara umumnya.

Jelas segala bentuk penyelewengan akidah seperti ini tidak akan berkekalan lama kerana sandaran mereka hanya mengikut pada hawa nafsu semata-mata.

YADIM bersetuju dan menyokong saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi agama yang lain untuk segera mengekang dan membendung ajaran ini.

YADIM melalui Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) akan menggerakkan sepenuh usaha melalui NGO-NGO Islam bersama-sama platfom ini untuk membuat laporan polis dalam masa terdekat. YADIM juga akan

 

menganjurkan program pendidikan dan pemahaman akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar kepada masyarakat bersama semua pihak bagi memastikan akidah umat Islam di Malaysia tidak tergugat sama sekali.

MAIM ialah sebuah platform yang menggabungkan barisan NGO-NGO Islam di Malaysia mampu membantu kerajaan dan agensi sedia ada dalam usaha menangkis fahaman ini terus menular dalam masyarakat Malaysia.

Islam menuntut umatnya bersederhana dalam segala aspek kehidupan. Menyeru umat ke arah sikap pelampau jelas merupakan pemahaman yang menyeleweng dan ajaran sesat yang harus dibendung lebih awal.

YADIM berharap langkah pintar daripada pihak MCMC dan PDRM untuk memastikan penularan apa-apa bentuk bahan berkaitan fahaman Ahmadi ini dapat ditangani dan dibendung dengan lebih awal.

 

PROF. MADYA DR ADI ANUAR BIN AZMIN

TIMBALAN YANG DIPERTUA YADIM

 

Sabtu, 9 Mac 2024/ 28 Syaaban 1445

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Media dan Teknologi Dakwah YADIM menerusi pegawai bertanggungjawab, MdZan Saari (018-2821956) atau Norsalmah Md Noordin (018-387 4265).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *