Home » Langit Terbuka » RM1,000 denda ponteng solat

RM1,000 denda ponteng solat

PENGERUSI Kariah Desa Anggerik, Muhamad Rusli Ibrahim menunjukkan surat edaran berhubung hukuman tidak menunaikan solat Jumaat. FOTO : HARIAN METRO

KUALA PILAH 17 Jan. –  Denda RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan bakal dikenakan terhadap lelaki baligh yang didapati tidak menunaikan solat Jumaat.

Pegawai Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah Mohd Raizalani Mohd Rais berkata, hukuman itu kepada lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan ketiadaan uzur syarie dan sebab munasabah mengikut Seksyen 113 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (EJSNS) 1992.

Menurutnya, hebahan surat pekeliling kepada seluruh 68 masjid sudah dikeluarkan pada 4 Januari lalu bagi memberi kesedaran berkenaan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat.

“Tindakan itu diambil susulan aduan yang diterima daripada kariah di sini yang mendakwa terdapat lelaki Islam yang berada di luar masjid dan berkeliaran di premis perniagaan serta tempat awam ketika solat Jumaat.

“Ia dilihat mencemarkan imej agama Islam sendiri selain mencerminkan sikap kurang ambil peduli mengenai hukum,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Raizalani berkata, arahan berkenaan adalah kali pertama dikeluarkan pihaknya demi memastikan golongan terbabit hadir ke masjid.

“Kita meminta pihak pengurusan masjid di daerah ini membuat hebahan dan edaran kepada ahli kariah semasa solat Jumaat dan menampal pekeliling di papan kenyataan,” katanya.- HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *