Home » Citra Yadim » RSY Hidupkan Ramadan Pulau Pinang.

RSY Hidupkan Ramadan Pulau Pinang.

KUBANG SEMANG – Selepas Melaka, Pulau Pinang menjadi lokasi seterusnya program Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) Hidupkan Ramadan.

Seramai 50 ahli RSY terlibat dalam program ini yang diadakan di Masjid Jamek Kubang Semang di sini pada 1 Mei.

Antara pengisian program termasuklah kuliah dhuha, tahsin ibadah, tadarus berkelompok dan ziarah asnaf kepada 30 keluarga asnaf.

Turut diadakan ialah edaran bubur lambuk, majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama penduduk.

Program ini disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Mohd Zikry Zukifli. Hadir sama ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.

RSY Hidupkan Ramadan Pulau Pinang dianjurkan dengan kerjasama Masjid Kubang Semang dan Sekolah Rendah Agama Nadhatul Islah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *