MELAKA – Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Islam Melaka (UNIMEL) telah diadakan di Pusat Pelajar, universiti berkenaan sebagai platform perhimpunan dan penyelarasan ahli badan tersebut.
Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, Ustaz Abdul Halim Ismail ketika menyempurnakan majlis telah menekankan kepentingan peranan serta komitmen ahli RSY dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penggerak dakwah dan aktiviti kemahasiswaan.
Antara pengisian utama program ialah pelantikan serta penyampaian watikah pelantikan kepada 20 pimpinan RSY yang baharu sebagai tanda pengiktirafan terhadap tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul.
Pelantikan ini diharap dapat memperkukuh kepimpinan RSY UNIMEL serta melahirkan barisan mahasiswa yang aktif, berintegriti dan komited dalam menjayakan program-program YADIM di peringkat institusi pengajian tinggi.



KOMEN