Home » Langit Terbuka » RTM Jawab Isu Senarai Penceramah Agama Disekat Muncul Di TV, Radio

RTM Jawab Isu Senarai Penceramah Agama Disekat Muncul Di TV, Radio

RYM menjelaskan, surat berkaitan senarai nama penceramah atau asatizah untuk rancangan keagamaan di stesennya yang tular di media sosial itu hanya bertujuan memaklumkan mengenai cadangan penceramah yang diluluskan oleh Jakim - Foto Skyscrappercity

KUALA LUMPUR – Jabatan Penyiaran Malaysia menjelaskan bahawa setiap penceramah yang dipilih untuk bersiaran di Radio Television Malaysia (RTM) perlu mendapat tauliah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Justeru, surat berkaitan senarai nama penceramah atau asatizah untuk rancangan keagamaan (Islam) di RTM yang tular di media sosial itu hanya bertujuan memaklumkan mengenai cadangan penceramah yang diluluskan oleh Jakim.

“Senarai nama penceramah itu adalah tambahan kepada senarai sedia ada. Ia tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik atau orang perseorangan,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia itu memaklumkan senarai nama yang telah dipersetujui Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo untuk siaran televisyen dan radio RTM.

Surat yang ditular itu turut menyenaraikan nama penceramah terbabit yang diterima daripada Pegawai Tugas-tugas Khas (Bahagian Agama) Jabatan Perdana Menteri.

Surat berkenaan juga memaklumkan Jabatan Perdana Menteri telah membuat tapisan dari segi kelulusan, kelayakan, kepakaran dan mentauliahkan kesemua penceramah berkenaan. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *