Home » Langit Terbuka » Rusia 2018: Salah Mahu Bersara Dari Skuad Mesir

Rusia 2018: Salah Mahu Bersara Dari Skuad Mesir

Mohamed Saah dilanda kontroversi setelah bertemu dengan pemimpin Chechnya Kadyrov.

MOSCOV – Mohamed Salah mempertimbangkan persaraan dari pasukan kebangsaan Mesir.

Laporan di Rusia mendakwa, pemain Liverpool itu sedang meneliti perkara itu selepas sesi bergambar dengan pemimpin Chechen, Ramzan Kadyrov telah mencetuskan kontroversi.

Imej salah dan pemimpin berkontroversi itu tular dalam talian sebelum kempen Piala Dunia 2018 bermula.

Foto itu menunjukkan Kadyrov memegang tangan bintang Mesir itu sebagai menunjukkan tanda solidariti.

Salah difahamkan mendakwa imejnya tercalar dan sedang mempetimbangkan untuk bersara dari bola sepak Mesir.

Skuad Mesir menjalani sesi latihan di ibu negara Rusia, Grozny semasa kempen piala dunia bermula.

Kadyrov dikatakan mengisytiharkan dikri yang memberikan kerakyatan kepada Salah dalam satu majlis makan malam meraikan pasukan Mesir.

Mesir akan bertemu Arab Saudi dalam aksi terakhir kumpulan pada malam ini.

Kadyrov dalam laman media sosial peribadinya, dia mahu Mesir kembali semula ke Chechnya selepas kempen piala dunia untuk aksi persahabatan menentang kelab Akhmat Grozny. – MALAYSIAGAZETTE

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *