Home » Langit Terbuka » Salehuddin nafi elaun sara hidup nelayan, subsidi petani dihentikan

Salehuddin nafi elaun sara hidup nelayan, subsidi petani dihentikan

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,memberikan jaminan pihaknya akan memberikan bantuan dan subsidi serta apa jua insentif kepada golongan sasaran iaitu petani dan nelayan tulen yang mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan. - Foto Malay Mail

JOHOR BAHRU – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub hari ini menafikan elaun sara hidup nelayan serta subsidi kepada petani dihentikan.

Malah tegas beliau, kerajaan memberi jaminan bantuan itu tetap diteruskan.

“Tidak ada isu (sebab) untuk saya dan pihak kementerian menghentikan bantuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program SWM Kasih Misi Sampul Merah@Amitabha Malaysia, di sini.

Menurutnya isu bantuan dihentikan itu heboh berikutan ada antara nelayan dan petani yang tidak lagi menerima elaun dan subsidi tersebut selepas pihaknya melaksanakan program pemutihan.

“Saya boleh berikan jaminan pihak kementerian akan memberikan bantuan dan subsidi serta apa jua insentif kepada golongan sasaran iaitu petani dan nelayan tulen yang mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang tidak lagi menerima bantuan tersebut agar membuat rayuan kepadanya dan beliau akan meminta pegawainya menyiasat.

Sementara itu, Salahuddin berkata proses pemutihan yang bertujuan mengenal pasti golongan sasaran yang benar-benar layak menerima bantuan kini hampir 90 peratus selesai.

“Sejak saya ambil alih kementerian pada Mei 2018, saya telah minta pegawai saya untuk lakukan pemutihan terhadap dua golongan ini (petani dan nelayan) kerana terdapat fakta dan statistik yang agak mengelirukan tentang berapa jumlah yang sepatutnya terima subsidi daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan segala bantuan sampai kepada golongan sasaran selain tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan. – Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *