Home » Langit Terbuka » YaPEIM galak masjid, surau melabur dalam jongkong emas

YaPEIM galak masjid, surau melabur dalam jongkong emas

Ketua Pengarah YaPEIM berkata, bagi tujuan pelaburan jongkong emas itu masjid dan juga surau hanya perlu melabur sebanyak RM1,000 hasil daripada kutipan jemaah pada setiap hari Jumaat. - Foto Yapeim

KUALA LUMPUR – Masjid-masjid dan surau di seluruh negara digalakkan supaya melabur di dalam Skim Ar-Rahnu atau jongkong emas menerusi Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM) sebagai simpanan masa hadapan.

Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin berkata, bagi tujuan itu masjid dan juga surau hanya perlu melabur sebanyak RM1,000 hasil daripada kutipan jemaah pada setiap hari Jumaat.
`
“Bayangkan, ada 22,000 masjid dan surau di seluruh negara dan jika kutipan RM1,000 kita akan mengumpul sebanyak RM22 juta.

“Dan kalau setahun kita boleh kumpul RM264 juta. Sebenarnya jumlah itu kita boleh buat menara di Kuala Lumpur, mungkin dalam bentuk hotel, pejabat dan kondominium dan ia milik umat Islam,” katanya.

Menurut Abibullah, untuk permulaan YaPEIM menawarkan program berkenaan kepada masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bagi dijadikan model untuk negeri-negeri lain.

Katanya, masjid-masjid dan surau-surau tidak perlu menghabiskan segala kutipan yang diperoleh setiap minggu tanpa sasaran bermanfaat sebaliknya ia wajar dilaburkan menerusi projek-projek strategik.

Ujarnya, menerusi pelaburan seperti itu ia secara langsung akan mengembangkan lagi segala sumbangan yang diterima daripada orang ramai dan jemaah masjid serta surau juga dapat beramal jariah daripada sumbangan yang diberikan. – Malaysia Gazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *