Home » Citra Yadim » Sambutan hangat Seminar Kewangan Islam Daerah Kinabatangan

Sambutan hangat Seminar Kewangan Islam Daerah Kinabatangan

KOTA KINABALU – Hampir 300 orang peserta menyertai Seminar Kewangan Islam Daerah Kinabatangan yang diadakan di sini pada 1 Mac lalu, melebihi sasaran asal 250 orang peserta.

Program yang berlangsung di Dewan Sri Lamag di sini, dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama Pertubuhan Muslimah Daerah Kinabatangan, Pejabat Daerah Kinabatangan, Amanahraya Berhad dan AiA Public Takaful.

Ketua Cawangan Amanahraya Berhad Negeri Sabah, Usman Hamid dan Perunding Kewangan dari AIA PubIc Takaful, Tuan Putra Pangeran Omar merupakan dua penceramah yang dijemput bagi menjayakan majlis ini.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki dan Pengerusi Pertubuhan Muslimah Daerah Kinabatangan, Faridah Jamil.

Samin memuji komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Pertubuhan Muslimah Daerah Kinabatangan dalam menjayakan majlis ini. Menurutnya, kerjasama dan muafakat tinggi ahli dan pemimpin persatuan itu telah menjayakan seminar itu .

Tambahnya, YADIM Sabah akan terus komited melaksanakan program di seluruh negeri ini mengikut keperluan masyarakat.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *