Home » Citra Yadim » SAY tolong Pak Long.

SAY tolong Pak Long.

JELEBU – Kampung Seri Juntai, Simpang Durian di sini menjadi lokasi terbaharu program menyantuni mangsa banjir oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Kali ini mereka membersihkan kediaman seorang penduduk yang lebih mesra dengan panggilan Pak Long di kampung tersebut.

30 Sukarelawan YADIM bertolak dari Ibu pejabat YADIM sebelum memulakan kerja kerja pembersihan selama empat jam bermula 10.30 pagi.

Turun padang ke program ini ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya dan Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Hassanal Haris.

Wakil wakil komuniti serta penduduk tempatan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan badan dakwah ini membantu mangsa banjir di kawasan ini.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *