Home » Citra Yadim » Kursus Pemantapan Pendakwah Komuniti 2022

Kursus Pemantapan Pendakwah Komuniti 2022

MERBOK – Dalam usaha untuk memastikan gerakan dakwah dalam setiap komuniti di Kedah berjalan dengan lancar dan merealisasikan hasrat melahirkan pendakwah berkualiti, YADIM Kedah telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pendakwah Komuniti 2022.

Program selaman dua hari pada 11 dan 12 Februari  yang diadakan di Damai Park Resort di sini, telah disertai oleh 50 orang peserta dari 12 daerah seluruh Kedah dan telah dirasmikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Pelbagai pengisian teori dan praktikal bermanfaat untuk pendakwah telah disampaikan dalam kursus ini menerusi pendekatan seperti ceramah, bengkel, latihan dalam kumpulan, kuliah, team building dan riadah bermodul.

Turut hadir menyampaikan kuliah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai, Yang Berhormat Ustaz Hanif Ghazali, Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Besar Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid dan Pengerusi Pusat Dakwah Wadi An Nasr, Ustaz Nasrun Othman.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil pula telah disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakharuddin Syeikh Fakrurazi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *