Home » Citra Yadim » Santuni warga emas di Rumah Bait Al Mawaddah, Shah Alam

Santuni warga emas di Rumah Bait Al Mawaddah, Shah Alam

BERTEMPAT di Rumah Bait Al Mawaddah, Shah Alam, Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan Bait Al Mawaddah pada 14 September telah menyantuni warga emas yang berada di sana.
Selain perkongsian ilmu oleh YADIM, beberapa warga emas juga berkongsi pengalaman kesukaran menempuh kehidupan ketika zaman sebelum kemerdekaan negara.
Ketua Bait Al-Mawaddah, Lembaga Zakat Selangor, Puan Siti Norkhayati Rabani hadir dan menyampaikan ucapan aluan dalam program ini. Mewakili YADIM ialah Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Mohd Khusnaini Mongin.
Sebagai tanda sokongan, kesemua pegawai Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik hadir sama ke program ini.

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *