Home » Citra Yadim » SAR Selangor ziarahi Pengerusi SAR Batu 16 Rawang yang uzur

SAR Selangor ziarahi Pengerusi SAR Batu 16 Rawang yang uzur

RAWANG – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Selangor pada 13 Jun telah melaksanakan ziarah kasih kepada Pengerusi SAR Batu 16 Rawang di sini, Zaleha Said yang kini uzur.

Zaleha yang dahulunya bergiat aktif dengan pelbagai aktiviti kesukarelawanan kini difahamkan tidak mampu berbuat demikian akibat kerap terpaksa berulang alik ke hospital.

SAR Selangor yang diwakili Pengerusinya, Hasmawi Mahidin, Setiausaha, Hanizah Sumiri dan ahli jawatankuasanya turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada Zaleha dalam kunjungan mereka.

Pada hari yang sama, SAR Selangor turut mengagihkan barangan untuk keperluan SAR Sungai Buloh dan SAR Rawang. Barangan berkenaan akan digunakan dalam program program menyantuni rakyat di kawasan masing masing.

Antara lain yang hadir dalam program ini ialah Pengerusi SAR Sungai Buloh, Zayyad Rashidi, Setiausaha SAR Sungai Buloh, Fatimah Rashidi, dan Setiausaha SAR Batu 16 Rawang, Noorsiah Muhamat Yusof.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *