Home » Langit Terbuka » Sarawak mahu bina enam menara di masjid jamek negeri

Sarawak mahu bina enam menara di masjid jamek negeri

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada perasmian Majlis Wacana Perdana di Dewan Kompleks Islam Sarawak hari ini. - Foto BERNAMA

KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang untuk membina enam menara di Masjid Jamek Negeri di sini, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, menara yang bakal dibina itu mirip menara di Masjid Nabawi, di Madinah, Arab Saudi.

“Kita akan kita tambah (bina) menara (di Masjid Jamek negeri) macam di Masjid Nabawi. Masjid kita ini terletak di tengah-tengah nadi (pusat) pemerintahan negeri.

“Saya bercadang untuk bina enam menara dan harganya boleh tahan (tinggi). Kita harap dengan pembinaan (menara) ini ia dapat mengangkat semangat orang Islam,” katanya semasa berucap di acara Wacana Perdana bersama Agensi-Agensi Islam Sarawak di sini malam ini.

Masjid Jamek Negeri Sarawak yang terletak di Petra Jaya, Kuching mula dibina pada 1987 dan siap pada tahun 1990, dengan kapasiti kira-kira 10,000 orang jemaah pada satu-satu masa. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *