JERANTUT – Semangat kemerdekaan terus disemarakkan menerusi penganjuran Kem Jati Diri Program Semarak Merdeka 2026 yang berlangsung pada 28 dan 29 Ogos di Jerantut, Pahang.
Program anjuran YADIM Negeri Pahang dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Jerantut ini menghimpunkan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum.
Sepanjang program, para peserta mengikuti pelbagai pengisian yang menekankan nilai kerjasama, kebersamaan dan semangat kekitaan. Elemen kerohanian turut diterapkan bagi memperkukuh nilai murni dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum, selaras dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan nilai kemanusiaan, perpaduan dan kebersamaan.
Program ini dihadiri Penolong Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Badrul Faiz Zulkifli dan Pengerusi SAY Jerantut, Puan Narru’l Akma Kamaruddin yang memberikan sokongan terhadap pelaksanaan program.
Kem Jati Diri Program Semarak Merdeka 2026 diharap terus menjadi wadah menyemai kecintaan kepada negara, memperkukuh perpaduan dan membina masyarakat MADANI yang saling menghargai.



KOMEN