Home » Citra Yadim » Masjid Perlu Diperkasa Sebagai Institusi Dalam Membina Masyarakat

Masjid Perlu Diperkasa Sebagai Institusi Dalam Membina Masyarakat

IPOH – Masjid perlu terus diperkasa sebagai institusi yang berperanan besar dalam membina masyarakat, bukan hanya sebagai tempat ibadah, tetapi juga sebagai medan ilmu, pembinaan ekonomi, penyatuan ummah dan penggerak agenda kemanusiaan.

Gagasan itu menjadi antara perkara utama yang diketengahkan dalam Persidangan Masjid Serantau 2026 bertemakan “Masjid Memperkasa Ummah Global: Kesatuan, Kesejahteraan dan Pembebasan Al-Quds” yang berlangsung di Ipoh pada 30 Ogos.

Persidangan ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr Hasan Bahrom yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan. Hadir sama ialah Pengarah YADIM Negeri Perak, Ustaz Ramdani Abd Karim.

YADIM melihat usaha sebegini sebagai satu langkah penting dalam memperluas peranan masjid agar lebih responsif terhadap keperluan masyarakat dan isu semasa, di samping membina jaringan kerjasama ummah yang lebih kukuh merentasi sempadan.

Persidangan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu turut memperlihatkan kesungguhan pelbagai pihak untuk membina jaringan masjid yang lebih tersusun dan berdaya gerak dalam mendepani isu ummah di peringkat serantau dan global.

Antara inisiatif yang diketengahkan ialah 10 Agenda Strategik dan Pelan Tindakan Masjid Serantau 2026–2030, selain pengukuhan jaringan South East Asia Mosque Alliance for Al Aqsa and Palestine (SEAMAP/GAMAP) yang memberi tumpuan kepada kebajikan masyarakat, tadbir urus, advokasi Palestin serta pemanfaatan teknologi digital.

YADIM merakamkan penghargaan kepada Presiden MAPIM, Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid, serta seluruh jawatankuasa penganjur atas penganjuran persidangan yang membuka ruang penting kepada pengukuhan peranan masjid sebagai institusi strategik pembangunan ummah.

Persidangan Masjid Serantau 2026 dengan tema “Masjid Memperkasa Ummah Global: Kesatuan, Kesejahteraan dan Pembebasan Al-Aqsa” menghimpunkan kepimpinan masjid, ulama serta aktivis masyarakat dari rantau Asia Tenggara.

Persidangan ini yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos, disertai 200 peserta termasuk dari Singapura, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Turki melibatkan pengisian seperti persidangan, Malam Gala Amal Palestin dan Al-Aqsa serta ceramah.

Artikel Berkaitan

YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

KUANTAN – YADIM bersama Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), telah menjayakan Karnival Dakwah 2.0 yang berlangsung

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *