HULU LANGAT – Sentiasa prihatin dengan kebajikan anggotanya, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat telah mengadakan Program Ziarah Kasih MADANI dengan menziarahi empat keluarga dalam kalangan jawatankuasanya yang sedang berdepan masalah kesihatan pada 2 Ogos.
Kunjungan di Kampung Kebun Bharu dan Batu 7, Sijangkang itu menyantuni Puan Hanizah Sumiri, Puan Halimah Sadli, Encik Rahim Badar dan Puan Salina Abas.
Turun padang ke program ini ialah Ketua Koordinator SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi bersama aktivis tempatan Datin Hajah Juvita Wahab, Dato’ Khamijas Ngainan serta barisan jawatankuasa pasukan ini.
Dalam ziarah tersebut, sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai telah disampaikan kepada setiap keluarga sebagai tanda keprihatinan. Ia disampaikan oleh Datin Hajah Juvita dan Dato’ Khamijas.
Selesai urusan ziarah, SAY Kuala Langat telah mengadakan perbincangan bagi merancang pengisian Program Dakwah Negara 2026 anjuran YADIM yang dijadualkan bermula pada Oktober ini.



KOMEN