Home » Citra Yadim » Seniman Jalanan Ibu Kota disantuni Bank Islam, YADIM

Seniman Jalanan Ibu Kota disantuni Bank Islam, YADIM

KUALA LUMPUR –   Seniman jalanan di negara ini juga memerlukan sumbangan kerana pandemik Covid-19 yang melanda, turut memberi kesan kepada mereka.Ekoran tiada jemputan persembahan, pendapatan mereka terjejas teruk.

Prihatin dengan situasi ini, Kelab Bank Islam dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 September menyantuni seramai 20 seniman jalanan di sekitar ibu kota seperti buskers, kartunis, pelukis, badut dan sebagainya dalam sebuah majlis ringkas di Aeon Big Wangsa Maju di sini.

Program Santuni Seniman Jalanan Kuala Lumpur Sempena  Hari Malaysia ini menyaksikan mereka menerima  sumbangan berupa wang tunai RM150 daripada Bank Islam dan kotak makanan bernilai RM100 daripada YADIM.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Hadir sama ialah Pengurus Bank Islam, Khairullail Zaki Sarwani, Naib Presiden Pengkarya Seni Jalanan Muslim Mohd Shukor dan Ketua Rangkaian Pasaraya Aeon Big, Sheikh Farouk Sheikh Mohamad.

Dalam majlis yang sama, Kelab Bank Islam turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM3,000 kepada Persatuan Pengkarya Seni Jalanan.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengkarya Seni Jalanan, Mohd Nor Fitri Zaihan memberitahu, sepanjang pandemik ini melanda, aktiviti seni dijalankan pihakanya secara tertutup, bergantung kepada jemputan, sekaligus menjejaskan pendapatan beliau dan rakan rakannya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *