SEHARI Bersama Komuniti (SEBATI) Madani sekali lagi menyantuni pelbagai lapisan masyarakat menerusi penganjurannya.
Bentong, Pahang menjadi lokasi terbaharu program YADIM menyantuni rakyat ini yang berlangsung pada 27 Julai di Kampung Orang Asli Sungai Gapoi.
Program anjuran Bahagian Khidmat Bakti YADIM ini telah dijayakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Bentong, Pejabat Pendaftaran Negara Daerah Bentong, Pejabat Kesihatan Daerah Bentong, Persatuan Penduduk Kampung Chemomoi, Jabatan Kemajuan Orang Asli Bentong, RELA Bentong dan tidak ketinggalan Sukarelawan YADIM Bentong.
Pelbagai aktiviti menyantuni masyarakat berlangsung seperti solat Subuh berjemaah, kuliah Subuh, sarapan bersama, gotong royong dan Cuci-Cuci Surau Tabika KEMAS serta solat Zohor berjemaah.
Rakan-rakan kerjasama program turut menawarkan khidmat mereka kepada para pengunjung SEBATI Madani kali ini.
SEBATI Madani kali ini juga menyantuni seramai 25 keluarga asnaf terdiri daripada ahli kariah surau, masyarakat Orang Asli dan penduduk setempat.
Majlis penutupan program yang diselaraskan oleh Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti, Ustaz Arif Adzwan Mohd Ali ini, telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Alwi Muda.



KOMEN