Home » Langit Terbuka » Sedia berdamai dengan Hamas, kata Perdana Menteri Palestin

Sedia berdamai dengan Hamas, kata Perdana Menteri Palestin

Perdana Menteri Palestin (gambar) berkata, perpecahan antara Fatah dengan Hamas menjadi sejarah hitam Palestin. - Foto TRT World.com

RAMALLAH – Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh berkata pada Selasa kerajaannya bersedia untuk berdamai dengan Hamas, lapor agensi berita Anadolu.

“Kerajaan Palestin dan Pergerakan Fatah bersedia untuk berdamai dengan Hamas,” kata Shtayyeh semasa pertemuan dengan ketua Suruhanjaya Pilihanraya Palestin, Hanna Nasser.

“Perpecahan ini menjadi sejarah hitam Palestin, andai perspektif damai dengan Hamas berbeza, biarkan rakyat membuat keputusan melalui pilihan raya,” katanya.

Shtayyeh berkata kerajaannya percaya pilihan raya adalah satu-satunya cara untuk menamatkan kemelut di Palestin. – Bernama

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *