Home » Langit Terbuka » Yapeim mulakan fasa pemulihan

Yapeim mulakan fasa pemulihan

YAPEIM gembira dapat menyelesaikan urusan penelitian urus tadbir sebaik mungkin mengikut piawaian profesionalisme yang tinggi, jelas Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya - Foto Malaysiakini

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) baharu yang dilantik sejak November tahun lalu telah mengenal pasti beberapa kemungkinan salah laku dan kecuaian pentadbiran oleh pihak pengurusan terdahulu sejak beberapa tahun lalu.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar berkata, pihaknya bimbang dengan semua dapatan itu tetapi amat gembira dapat menyelesaikan urusan penelitian sebaik mungkin mengikut piawaian profesionalisme yang tinggi.

“Ini adalah perlu bagi memulakan fasa pemulihan Yapeim di atas landasan tadbir urus yang lebih mampan dan berintegriti sesuai dengan peranan Yapeim sebagai pencetus kegiatan sosial, aktiviti amal jariah dan kebajikan masyarakat Islam di Malaysia.

“Dalam masa yang sama, pihak lembaga pemegang amanah telah menstruktur semula semua jawatankuasa khusus di bawah Yapeim bagi menambah baik tadbir urus serta semak dan imbang yang sihat.

“Bagi menjawab semua persoalan, kita akan adakan satu sidang akhbar khas minggu depan di mana kita akan sediakan laporan lengkap hasil daripada audit dan semakan tadbir urus yang dilakukan firma bebas, PriceWaterhouseCoopers (PwC).

“Segala persoalan juga akan terjawab dan kita harap imej Yapeim akan dapat dibersihkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *