Home » Citra Yadim » Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Kampung Pulau Manis

Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Kampung Pulau Manis

SIRI Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani’ di Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu menyaksikan ia padat diisi dengan pelbagai pengisian.
Diadakan pada 2 hingga 3 November, ia diadakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Terengganu seperti ABIM, Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Pulau Manis, Ahli Jawatankuasa Kalang Warisan, Kawasan Rukun Tetangga, Pejabat Penerangan, RTM dan Persekutuan Pengakap Terengganu.
Antara pengisian program termasuklah pemukiman 50 org Sukarelawan YADIM dari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail dan Kampung Jerangau dan khidmat bakti mengecat musolla, aktiviti menanam sayur di Dataran Maqam Tok Pulau Manis, Program Akrab Sukarelawan,
Mewarna Komuniti Rahmah dan Dakwah Santai Wacang Pacak Kerasulan Baginda Nabi Muhammad SAW dan Menu Rahmah.
Tidak ketinggalan ialah program Laskar Alam , menanam pokok hiasan dan kelapa pandan sumbangan pihak Pengakap, Jualan Rahmah oleh usahawan FAMA serta Bicara Dakwah ketika kuliah Subuh dan Maghrib dengan kerjasama RTM.
SEBATI Madani ini juga menamakan semula sebuah musolla dengan nama ‘Musolla Ibnu Khaldun, Kalang Warisan’ sempena program YADIM menyiapkan papan tanda musolla berkenaan. YADIM Terengganu turut mengadakan Musa’adah Bekalan Air (sumbangan pam air elektrik bernilai RM500 kepada Musolla komuniti serta menyediakan Kaunter Tabung Infaq YADIM untuk memberi peluang orang ramai yang hadir menyumbang.
Selain itu, beberapa pihak lain seperti Pejabat Penerangan turut mengadakan ruang pameran masing-masing sepanjang dua hari program.
SEBATI Madani Kampung Pulau Manis dirasmikan oleh Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadir Saiadin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *