Home » Citra Yadim » BAHAGIAN Khidmat Bakti (BKB) menyampaikan bantuan awal kepada mangsa banjir

BAHAGIAN Khidmat Bakti (BKB) menyampaikan bantuan awal kepada mangsa banjir

BAHAGIAN Khidmat Bakti (BKB) dibantu Sukarelawan YADIM (SAY) telah mengadakan tinjauan serta menyampaikan bantuan awal kepada mangsa-mangsa banjir di Bangi pada 5 November.
Sebanyak 16 karton air mineral serta 20 pek makanan kering diserahkan kepada mangsa di Sekolah Kebangsaan Bangi dan Pos Rela Taman Bangi Ria.
Hasil tinjauan, beberapa kawasan didapati dinaiki air terutamanya di persisiran Sungai Semenyih seperti Kampung Bangi.
Masih ada rumah yang dinaiki air dan operasi bantuan oleh agensi seperti pasukan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam masih berjalan.
Bagi beberapa kawasan yang telah surut, proses pemulihan pasca banjir telah pun dilakukan oleh penghuni sendiri.
Pusat pemindahan sementara telah dibuka di Sekolah Kebangsaan Bangi berikutan pusat sementara sebelum ini tidak dapat menampung jumlah yang ramai .

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *