Home » Langit Terbuka » Sekatan baru untuk Iran

Sekatan baru untuk Iran

Presiden Donald Trump akan mengenakan sekatan baru ke atas Iran. FOTO : https://img.dunyanews.tv/

WASHINGTON 12 Jan. – Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat menjangka Presiden Donald Trump akan mengenakan sekatan baru ke atas Iran.

Trump sepatutnya memutuskan sama ada untuk mengenepikan sekatan utama lain terhadap Iran yang ditarik balik di bawah Perjanjian Nuklear 2015 pada hari Jumaat.

Terdahulu, kuasa-kuasa Eropah mendesak Trump untuk melaksanakan perjanjian itu demi keselamatan antarabangsa.

Sebelum itu, Trump telah mengkritik apabila perjanjian terhadap sekatan ditarik balik apabila Iran bersetuju untuk menghadkan pengeluaran bahan api nuklearnya.

Steve Mnuchin menjangkakan sekatan ke atas Iran yang akan diumumkan itu mensasarkan individu dan perniagaan.

“Kami masih memantau Iran. Kami fikir anda boleh mengharapkan lebih banyak sekatan akan datang,” katanya.

Pada bulan Oktober lalu, Trump enggan mengesahkan kepada Kongres sama ada Iran mematuhi perjanjian itu, sebaliknya menyatakan Tehran “tidak memenuhi semangat” perjanjian itu. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *