Home » Langit Terbuka » Sekretariat Ummat mahu sami di Malaysia tampil perjelas asas tindakan penindasan Rohingya

Sekretariat Ummat mahu sami di Malaysia tampil perjelas asas tindakan penindasan Rohingya

KUALA LUMPUR, 7 Dis. – Para sami di Malaysia perlu tampil untuk menjelaskan asas tindakan penindasan ke atas etnik Rohingya yang sedang berlaku di Myanmar.

Ini kerana, ia merupakan satu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama masing-masing, malah agama Buddha sendiri, kata Pengerusi Sekretariat Ummat, Haji Aminuddin Yahya pada sidang media yang diadakan di Pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), semalam.

Sebelum ini, Haji Amin pernah mempersoalkan kebisuan sami-sami Buddha di Malaysia berhubung isu ini kerana yang terlibat membunuh umat Islam di Myanmar adalah juga sami-sami Buddha.

Sementara itu, menurut portal berita Rohingya Vision, pada 3 Disember lalu, sekumpulan Sami Buddha membuat bantahan terhadap Najib di luar Kedutaan Malaysia di Myanmar atas pendirian Putrajaya mengenai isu Rohingya.

Kira-kira 30 sami Buddha melaungkan slogan menentang Najib di luar kedutaan itu kerana didakwa campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.

Sejak Oktober lalu, dianggarkan 30,000 etnik Rohingya terpaksa meninggalkan kediaman mereka ekoran kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh rejim Myanmar di Rakhine.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 10,000 pelarian telah tiba di Bangladesh, meskipun negara itu menghalang kemasukan etnik minoriti tersebut.

Kerajaan Myanmar menafikan dakwaan penindasan terhadap etnik itu, dan mengharamkan wartawan asing termasuk penyiasat bebas mengakses kawasan tersebut.- https://www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *