Home » Langit Terbuka » Sektor kewangan Islam perlukan fatwa baharu

Sektor kewangan Islam perlukan fatwa baharu

Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti berkata, perkembangan sektor kewangan yang terlalu pantas menyebabkan isu-isu seperti teknologi kewangan (fintech), sukuk, perbankan Islam, pengurusan wakaf dan zakat memerlukan fatwa-fatwa baharu. - Foto Pakdi.com

KUALA LUMPUR – Para ulama dan ahli akademik dalam bidang syariah diminta lebih berani mengupas dan mengeluarkan peraturan mahu pun fatwa berhubung isu-isu semasa industri kewangan Islam.

Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, perkembangan sektor kewangan yang terlalu pantas menyebabkan isu-isu seperti teknologi kewangan (fintech), sukuk, perbankan Islam, pengurusan wakaf dan zakat memerlukan fatwa-fatwa baharu yang tidak ada selama ini.

“Keberanian adalah satu masalah yang cukup besar kerana (para ulama dan ahli akademi) memerlukan keberanian untuk mengambil isu yang belum masak untuk dikupas dan menjadikannya sebagai isu masyarakat.

“Mereka bukan setakat mengulang-ulang sesuatu yang telah nyata.

“(Isu-isu tersebut) macam isu wakaf, finteh, kajian kredit dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam di sini hari ini.

Tambah Mohd. Daud, muzakarah yang berlangsung selama sehari itu tidak akan mengeluarkan sebarang resolusi kerana tempoh yang terlalu pendek tidak akan mampu menyelesaikan sesuatu isu yang rumit.

Namun beliau berharap supaya setiap peserta dapat melontarkan idea-idea mereka sebelum pulang untuk melakukan kajian yang lebih mendalam dan mengemukakan hasil tersebut supaya boleh menambahbaik sistem kewangan Islam di negara ini termasuk dalam penghasilan dasar-dasar baharu oleh kerajaan. – Malaysia Gazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *