Home » Langit Terbuka » Industri perbankan Islam perlu proaktif

Industri perbankan Islam perlu proaktif

AIBIM berkata, peneraju industri perlu mengambil pendekatan lebih berani agar pihak lain menyedari industri perbankan Islam juga mengambil berat berhubung kemampanan perbankan . - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Peneraju perbankan dan kewangan Islam perlu lebih proaktif dalam memberi penekanan terhadap aspek kemampanan perbankan seperti yang dilaksanakan oleh industri perbankan konvensional.

Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Adissadikin Ali berkata, industri perbankan Islam pada ketika sudah mempunyai asas tersebut, namun kurang diberi penekanan.

Katanya, perbankan konvensional mendahului dalam aspek kemampanan perbankan, tetapi tidak menggambarkan industri perbankan Islam telah ketinggalan.

“Kita mahu ia berdiri setara dengan industri konvensional,” katanya pada majlis Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2019 di sini hari ini (11 April)

Tambah Adissadikin, peneraju industri perlu mengambil pendekatan lebih berani agar pihak lain menyedari industri perbankan Islam juga mengambil berat berhubung kemampanan perbankan. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *