Selangor benarkan akad nikah di masjid, pejabat agama

SHAH ALAM – Majlis akad nikah dibenarkan berlangsung di masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pejabat Agama Islam Daerah, bermula esok.   JAIS melalui perkongsian dalam Facebook rasmi memaklumkan, majlis itu boleh dilangsungkan setiap hari tetapi kehadiran masih terhad kepada pasangan pengantin dan wali saja, manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.   […]

JAIS tidak lantik pihak ketiga untuk janji temu urusan nikah

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan janji temu bagi urusan berkaitan perkahwinan.   JAIS menerusi hantaran ringkas dalam akaun Facebooknya memaklumkan bahawa bagi mendapatkan tarikh janji temu berkaitan urusan perkahwinan, ia hanya perlu dibuat melalui laman sesawang http://www.jais.gov.my sahaja.   “Segera laporkan kepada JAIS jika ada […]

SOP majlis nikah diumum esok

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan yang baharu esok. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini belum ada kepastian sama ada SOP itu membabitkan pernikahan di rumah atau di pejabat jabatan agama […]

JAWI laksana pernikahan online pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini (18 April) melaksanakan majlis akad nikah satu pasangan pengantin secara atas talian (online), yang pertama di Malaysia, ekoran kekangan pergerakan akibat wabak COVID-19. Majlis pernikahan pertama secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah […]

Nikah di Johor ditangguh

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menangguhkan semua majlis akad nikah di negeri ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu. Pengarah JAINJ Datuk Md Rofiki A Shamsudin berkata, surat pekeliling berkaitan perkara itu sudah diberikan kepada Pejabat Kadi seluruh daerah. Katanya, penangguhan itu akan berlangsung sepanjang penguatkuasaan […]

Mufti Perlis tegur tok kadi, jangan rumitkan lafaz akad nikah

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengingatkan kadi dan jurunikah supaya tidak mendera pengantin dengan menyulitkan lafaz nikah mereka iaitu perkara yang sepatutnya dipermudahkan. Beliau yang tidak selesa dengan situasi itu berkata, kadi dilihat sering kali mendera atau membuli pengantin agar mengulangi lafaz terima nikah kononnya ungkapan itu sebagai belum sah. […]