Home » Citra Yadim » Selawat, Pengisian Agama Semarakkan Sambutan Maulidur Rasul

Selawat, Pengisian Agama Semarakkan Sambutan Maulidur Rasul

JERANTUT – Penduduk Kampung Sungai Kuching, Ulu Tembeling, Pahang menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul menerusi Program Maulid Arbain 4.0 yang dianjurkan YADIM Negeri Pahang, Majlis Ta’lim Jerantut bersama Jabatan Agama Islam Pahang di Masjid Kampung Sungai Kuching, pada 4 September.

Sambutan dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul sebelum diteruskan dengan selawat dan pengisian agama bersama masyarakat setempat. Suasana turut dimeriahkan dengan alunan qasidah daripada Team Qasidah Imdad, Kampung Sharif Ahmad, Temerloh.

Hadir menyampaikan tausiyyah ialah Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Aizudin Hakim Mohd Yusof dan Penasihat serta pembimbing Majlis Ta’lim Jerantut, Habib Faqeh Muqaddam Al Idrus.

Program ini menjadi antara pengisian Maulid Arbain yang digerakkan YADIM Negeri Pahang bersama Majlis Ta’lim Jerantut bagi menghidupkan amalan selawat dan sambutan Maulidur Rasul bersama masyarakat di Ulu Tembeling.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *