KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan pada 6 September.
Selain menawarkan pelbagai khidmat kepada para pengunjungnya, majlis turut menyantuni komuniti sekitar dengan penyampaian sumbangan kepada yang memerlukan serta Bakul MADANI.
Senator Dr. Zulkifli bin turut meluangkan masa mengadakan walkabout ke reruai jabatan dan agensi, selain beramah mesra serta menyantuni komuniti Lembah Pantai.
Turut hadir, timbalan beliau, Yang Berhormat Senator Puan Marhamah Rosli, Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee serta Pengarah YADIM Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Puan Siti Zaiton Bachok.
YADIM turut terlibat sama menerusi pembukaan reruai Bahagian Pelaburan Dan Penajaan serta Kedai Buku YADIM yang menawarkan peluang infak untuk Pengunjung serta naskhah ilmiah terbitan badan dakwah ini.
Program MADANI Kita. ‘Memaknai Harapan Rakyat’



KOMEN