Home » Citra Yadim » Seminar Hak Wanita Mengikut Perundangan Syariah

Seminar Hak Wanita Mengikut Perundangan Syariah

KOTA BHARU – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) terus giat melaksanakan program bagi mengangkat pelbagai isu dan menyantuni golongan wanita di negeri ini.

Terbaharu pada 22 November, mereka telah mengadakan Seminar Hak Wanita Mengikut Perundangan Syariah.

Bertempat di Pusat Latihan FAMA Lundang, di sini, seramai 65 orang peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang telah menghadiri seminar tersebut yang bermula jam 8 pagi itu.

Seminar ini merupakan anjuran bersama Pejabat Pembangunan Wanita Kelantan, Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Kota Bharu dan Persatuan Kebajikan Prihatin Negeri Kelantan.

Ia mempunyai objektif untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang permasalahan yang dihadapi oleh wanita dan keluarga serta cadangan solusinya.

Seminar ini turut berhasrat memberi kefahaman kepada wanita Islam berkaitan undang-undang syariah di Malaysia dan Kelantan khususnya.

Selain daripada itu, ia juga bagi menyelaraskan tindakan, advokasi dan pembangunan literasi undang-undang di kalangan aktivis wanita Islam di negeri ini.

Bagi mencapai matlamat tersebut, penceramah-penceramah yang berkaliber telah dijemput bagi memberikan pengisian.

Selain daripada Pengerusi MAWAR sendiri iaitu Dr Hafidzah Mustakim,
mereka yang ditampilkan ialah Pengerusi Skuad Peduli Rakyat Tumpat, Nik Faizah Nik Othman, Duta Rahmah dan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Negeri Kelantan
Che Rosmah Mohamed Zain dan
Peguam Syarie, Norizan Abd Rahman.

Terdahulu Pengerusi Prihatin Kelantan, Mohd Noor Mohd Yusoff telah memberikan ucapan aluan sebelum Pegawai Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan, Yang Arif Tuan Wan Azimin Bin Wan Adnan merasmikan majlis.

Dalam program ini, para peserta yang hadir juga berpeluang berkongsi pengalaman dan bertanya sendiri kepada ahli panel tentang kemusykilan berhubung undang undang syariah khususnya melibatkan wanita.

Dr Hafidzah dalam reaksinya berpuashati dengan perlaksanaan dan penglibatan para peserta dalam program ini.

Beliau berharap program ini menjadi pencetus kepada Gerakan Wanita Kelantan Cakna Ilmu yang mampu membawa perubahan kepada wanita dan keluarga mereka.

Dalam program ini juga para peserta dialu-alukan menganggotai Sahabat MAWAR samada sebagai ahli biasa atau sebagai penggerak dan sukarelawan.

Lebih daripada separuh peserta berjaya mendaftarkan diri sekaligus membuktikan bahawa wanita Kelantan diperingkat akar umbi juga bersemangat untuk terlibat membangunkan wanita dan keluarga mereka.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *