Home » Citra Yadim » Seminar Kenegaraan Madani Pegawai Dan Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

Seminar Kenegaraan Madani Pegawai Dan Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

Seminar Kenegaraan Madani Pegawai Dan Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) di Masjid Khalid Bin Al-Walid
SEMINAR Kenegaraan Madani Pegawai Dan Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) di Masjid Khalid Bin Al-Walid, Kuala Lumpur pada 6 Disember dihadiri seramai 160 pegawai dan anggota pasukan berkenaan dari seluruh negara.
Dianjurkan dengan kerjasama YADIM dan Jabatan Arah KAGAT, ia bertujuan menajamkan lagi kefahaman Aspirasi Malaysia Madani di kalangan anggota-anggota KAGAT.
Program bermula dengan ucaptama oleh Ketua Pengarah KAGAT, Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Rashidi Bujai sebelum sesi pertama disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Kepimpinan Pemikiran) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Dr. Haji Shamsul Azhar Yahya bertajuk ’Memahami Kenegaraan Madani’.
Pengisian sesi kedua disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam Universiti Selangor, Abd Razak Aripin bertajuk ’Negara Madani Acuan Malaysia’.
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin kemudiannya menyempurnakan perasmian majlis. Dalam ucapannya beliau menyentuh mengenai kaitan dan tanggungjawab anggota tentera dalam membangun sebuah negara Madani selain sejarah Islam khususnya berkaitan Piagam Madinah yang menjadi rujukan Aspirasi Malaysia Madani.
Hadir sama dalam program ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Dasar Dan Pengurusan KAGAT Brigedier Jeneral Haji Mohd Hamzah Adam, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Dan Pembangunan Insan, Brigedier Jenerak Zainal Abidin Mohamed Salleh, Ketua Pengarah Kerohanian, Markas Pemerintahan Latihan Dan Doktrin Tentera Darat, Brigedier Jeneral Dato’ Ab Jabar Mohamad Aris dan Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin.
Program ini turut disiarkan secara langsung di media sosial YADIM selain turut dikongsikan bersama rakan-rakan agensi Islam Persekutuan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *