Home » Langit Terbuka » YADIM peruntuk RM10,000 gelombang pertama banjir Kelantan

YADIM peruntuk RM10,000 gelombang pertama banjir Kelantan

RANTAU PANJANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memperuntukkan RM10,000 bagi membantu meringankan beban mangsa banjir gelombang pertama di negeri ini.

Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang berkata, bantuan itu diberikan melalui pengagihan kit makanan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan rumah-rumah mangsa banjir.

Menurutnya, misi itu memfokuskan kepada mangsa-mangsa yang terjejas teruk sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang seperti di Tersang.

“Setakat gelombang pertama ini, bantuan makanan sudah diagihkan ke empat PPS di dua kawasan itu dan 29 rumah penduduk Tersang.

“Setakat gelombang pertama ini, bantuan makanan sudah diagihkan ke empat PPS di dua kawasan itu dan 29 rumah penduduk Tersang.

“Pengagihan masih berjalan melibatkan pemberian beras, tepung gandum dan lebih banyak makanan yang boleh terus dimakan seperti biskut serta roti kerana memahami keadaan mereka yang terbatas dalam banjir,” katanya ketika agihan kit makanan itu di Tersang di sini, pada Khamis.

Ujar Mahadi, pengagihan kepada penduduk di kampung berkenaan juga dilakukan menggunakan bot berikutan keadaan banjir di persekitaran rumah masih tinggi sedalam lebih tiga meter.

“Kebetulan air surut sedikit dan penduduk pulang sekejap dari PPS bagi melihat keadaan rumah mereka, namun keadaan persekitaran dan pekarangan masih ditenggelami air yang sangat dalam hingga 3 meter.

“Jadi kami menggunakan lima bot untuk mengagihkan bantuan dari rumah ke rumah,” ujar beliau.

Tambahnya, Yadim Kelantan bersama 10 kakitangan mendapat kerjasama daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kelantan dan penduduk kampung bagi kemudahan bot-bot untuk kerja pengagihan.

“Bantuan ini akan diterima pada masa depan untuk persediaan gelombang kedua dan ketiga banjir,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *