Home » Citra Yadim » Seminar Pemantapan Aqidah 2025: Kajian Kitab Hasyiah Al-Syarqowi ‘ala Syarh Al-Hudhudi

Seminar Pemantapan Aqidah 2025: Kajian Kitab Hasyiah Al-Syarqowi ‘ala Syarh Al-Hudhudi

YADIM Negeri Perak dengan kerjasama erat Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Nahdhatul Ulama Malaysia (NA’AM), Persatuan Darul Akhyar Malaysia, Akademi Ihya’ Turats dan Pusat Pengajian Nur As-Salam telah menganjurkan Seminar Pemantapan Aqidah 2025: Kajian Kitab Hasyiah Al-Syarqowi ‘ala Syarh Al-Hudhudi di Kem As-Salam, Sungai Siputeh, Selama.
Program ini berlangsung pada 31 Ogos hingga 1 September, dengan pengisian yang menekankan pengukuhan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui kajian kitab turath muktabar.
Program berjaya menghimpunkan hampir 300 peserta dari seluruh negara termasuk dari Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor dan Pahang. Sepanjang program, para peserta menginap bersama menggunakan khemah yang mencetuskan suasana ukhuwah, kerohanian dan semangat thalabul ‘ilmi yang tinggi.
Antara tokoh yang hadir memberikan pengisian ialah Tuan Guru Baba Haji Ahmad Abu Bakar al-Makmawi iaitu Penasihat Jam’iyyah Ulama’ Fathoni Darussalam, Pattani, Thailand dan Penasihat Akademi Ihya’ Turats, Tuan Guru Haji Ahmad Ridoudin Abd Wahab, (Rais Am Syuriah NA’AM dan Mudir Maahad Ihya’ Ulumiddin, Mengkuang Titi) dan Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli (PU Faiz) (A’wan Syuriah NA’AM dan Mudir Maahad Rumi Sufi Jawi, Kuang).
Terlibat sama ialah Ustaz Bukhori Abd Rahman al-Azhari (A’wan Syuriah NA’AM dan Timbalan Mudir Maahad Rumi Sufi Jawi, Kuang).
Kehadiran tokoh-tokoh ulama ini telah memberikan pengisian ilmiah yang padat dan bermanfaat, sekaligus memperkukuh kefahaman umat tentang warisan turath dalam mempertahan aqidah yang sahih.
Kemuncak program adalah penyampaian ijazah bersanad oleh Baba Haji Ahmad kepada para peserta, sebagai tanda pengiktirafan dalam sanad keilmuan Islam yang bersambung kepada ulama muktabar.
Majlis penutup disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Haji Amidi Dato’ Abdul Manan, yang menekankan kepentingan pemantapan aqidah sebagai benteng umat daripada pengaruh ajaran sesat dan fahaman yang menyeleweng.
Turut hadir ialah Pengarah YADIM Negeri Perak, Ustaz Ramdani Abd Karim bersama Penolong Pengarahnya, Ustaz Nik Muhammad Saifullah Effandi Nazila.
Program ini menzahirkan komitmen berterusan YADIM dalam memperkukuh agenda dakwah berasaskan ilmu, sanad dan turath ulama, selain menjadi platform mempererat kerjasama dengan rakan strategik dakwah di negeri Perak dan seluruh Malaysia.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *