Home » Citra Yadim » Seminar Pembangunan Islam di Malaysia

Seminar Pembangunan Islam di Malaysia

KOTA BHARU 26 Okt.  – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Cawangan Kelantan telah menganjurkan dua siri program Seminar Pembangunan Islam Di Malaysia sepanjang Oktober lepas di Kuala Krai dan Pasir Puteh.

Pengurus Eksekutif Yadim Zon Timur, Mahadi Awang berkata, program itu melibatkan lebih 600 peserta yang terdiri daripada anggota masyarakat dari pelbagai peringkat termasuk pimpinan masyarakat peringkat akar umbi.

“Program seminar ini bertujuan menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa berkaitan agama Islam yang kini semakin menerima tekanan daripada pelbagai pihak.

“Sebagai pihak penganjur, Yadim berharap dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa kerajaan amat prihatin dengan isu-isu melibatkan umat Islam dan justeru meminta mereka turut memahami setiap isu yang berlaku itu,’’ katanya.

Beliau menjelaskan sebagai rakyat Malaysia mereka perlu memahami bahawa kerajaan sentiasa berusaha meletakkan Islam di kedudukan yang tinggi biarpun menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan daripada pelbagai pihak.

Katanya, program ini mendedahkan bahawa pembangunan Islam di negara ini sentiasa menjadi keutamaan kepada kerajaan selaras dengan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

“Program pertama telah diadakan pada 16 Oktober 2016 di  Dewan Kesedar Wilayah Kuala Krai, Kelantan dan telah dihadiri seramai 300 peserta.

“Program kedua pula telah diadakan pada 23 Oktober 2016 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ismail, Pasir Puteh, Kelantan dan telah dihadiri seramai 308 peserta,’’ jelasnya.

Beliau berkata, program ini mampu membuka pemikiran masyarakat Islam supaya lebih bersifat global dan glokal serta sentiasa peka kepada isu-isu semasa yang melingkari masyarakat Islam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *