Home » Citra Yadim » Seminar Pemikiran Dan Haul Syeikh Tajuddin Al-Jarumi 1446H/ 2025M

Seminar Pemikiran Dan Haul Syeikh Tajuddin Al-Jarumi 1446H/ 2025M

SEMINAR Pemikiran Dan Haul Syeikh Tajuddin Al-Jarumi 1446H/ 2025M yang di Madrasah Agama Nahdhah Hasanah, Melele, baru-baru ini menerima sambutan luar biasa apabila dihadiri ribuan peserta daripada pelbagai latar belakang masyarakat.
Program anjuran bersama Madrasah Nahdhah Hasanah, Yayasan Taqwa dan YADIM Negeri Kedah dan Perlis ini, bertujuan memperingati jasa besar Almarhum Syeikh Tajuddin al-Jarumi, seorang tokoh ulama berpengaruh yang juga pengasas Madrasah Nahdhah Hasanah serta mantan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
Ia dimulakan dengan Seminar Pemikiran Syeikh Tajuddin Al Jarumi yang menghimpunkan pembentang daripada ilmuan dan waris Almarhum. Seminar ini menampilkan Syeikh Mohd Nazrul Abdul Nasir, felo Nadwah Ulama dan Ilmuan YADIM dan Ustaz Musa Hashim, Alumni Madrasah Nahdhah Hasanah sebagai ahli panel.
Antara topik yang dibicarakan pandangan jauh Syeikh Tajudin Al Jarumi dalam sistem pendidikan Islam yang diasaskannya serta pendekatan dakwahnya yang menyantuni masyarakat.
Program ini turut dilanjutkan dengan Majlis Pengijazahan Qasidah al-Burdah yang dipimpin oleh Mudir Madrasah Agama Nahdhah Hasanah, Syeikh Mohd Jamil Sadaqi Syeikh Tajuddin Al Jarumi. Para peserta yang mengikuti pengkhataman Qasidah Burdah diberikan ijazah simbolik sebagai tanda pewarisan sanad bacaan.
Majlis diteruskan pada sebelah malam dengan acara kemuncak Majlis Haul yang turut dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr Adi Anuar Azmin dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Haji Amidi Abdul Manan, serta barisan para ulama tempatan dan nusantara termasuk Kiyai Haji Hasanuddin Badrudin dari Indonesia dan Profesor Emeritus Sayyid Habib Dr Aqil Al Mahdaly, mantan ilmuwan dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Menurut Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Dr. Ahmad Mujahid Abdullah, program ini bukan sekadar peringatan tokoh, tetapi medan memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap pentingnya warisan keilmuan Islam yang bersanad dan berpandukan ulama yang muktabar.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *