Home » Citra Yadim » Seminar Peradaban Islam Dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) di UPTM

Seminar Peradaban Islam Dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) di UPTM

UNIVERSITI Poly-Tech Malaysia (UPTM) membuka siri Seminar Peradaban Islam Dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) untuk tahun 2024 menerusi penganjuran pada 28 Februari di universiti berkenaan.
Seramai lebih 200 pelajar universiti berkenaan telah menyertai program anjuran bersama dengan YADIM ini yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zukifli Hasan.
Program di UPTM ini membawakan tema ‘Melestari Nilai Ihsan Bagi Pembangunan Modal Insan Masyarakat Madani’.
Dimulakan dengan sesi Wacana Tokoh bertajuk ‘Kelestarian Ihsan Dalam Pembentukan Sahsiah’. Ia menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom sebagai panel manakala Ketua Pusat Pengajian Islam, Umum dan Bahasa UPTM, Ustaz Mohd Marzuki Haji Ali bertindak selaku moderator.
Program kemudiannya diteruskan dengan forum bertajuk ‘Ihsan Pemacu Kepimpinan Modal Insan’ dengan tiga tokoh selaku panel iaitu Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelidikan Dakwah, Dr. Fatimah Syarha Mohd Noordin, Pensyarah Kanan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Islam, Umum dan Bahasa UPTM, Dr. Madihatun Zainuddin serta Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah.
Pensyarah Kanan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Islam,Umum dan Bahasa UPTM, Dr. Mohd Erfino Johari ialah moderator bagi forum ini.
Dalam sesi perasmian penutup, Senator Dr Zulkifli berkata, penganjuran SPIKEM ini bertepatan dengan situasi pasca normal kini apabila nilai-nilai ihsan dan kemanusiaan mula mendapat perhatian.
Ujarnya, tema Melestari Nilai Ihsan Bagi Pembangunan Modal Insan Masyarakat Madani juga selaras dengan gagasan Malaysia Madani yang berhasrat memacu negara dalam semua aspek.
Hadir sama ke program ini ialah Ketua Unit Penyelidikan Dakwah YADIM, Dr. Masitah Esa serta pengurusan dan pegawai-pegawai UPTM.
SPIKEM seterusnya akan diadakan di Universiti Malaysia Terengganu sebelum ke lokasi-lokasi lain.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *