Home » Citra Yadim » YADIM Interaktif : Bina Insan Madani di PUSPEN Muar

YADIM Interaktif : Bina Insan Madani di PUSPEN Muar

KOMUNITI Penjara dan mereka yang menjalani pemulihan sentiasa didekati YADIM.
Inisiatif terbaharu bersama mereka dilaksanakan YADIM Johor pada 8 dan 22 Februari lalu menerusi penganjuran program YADIM Interaktif : Bina Insan Madani.
Program berlangsung di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Muar, Kota Tinggi, Penjara Simpang Renggam dan Penjara Kluang.
Zamalah YADIM memberi pengisian berkaitan peristiwa Israk Mikraj dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dalam program ini.
Program Bina Insan Madani ini telah bermula sejak tahun 2007 lagi dan diteruskan sehingga kini. Tidak kurang 200 peserta hadir pada setiap sesi yang dijalankan.
Pada tahun ini juga, program yang sama diperluaskan kepada penghuni Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara, Johor Bahru.
Di sini, seramai 20 orang peserta terlibat dengan pengisian disampaikan oleh Presiden ABIM Johor, Ustaz Ustaz Farhan Ashaari.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *