Home » Langit Terbuka » Semoga Muslim Malaysia terus sejahtera

Semoga Muslim Malaysia terus sejahtera

Duta China ke Malaysia, Bai Tian

 

KUALA LUMPUR: Menyantuni kemeriahan umat Islam menyambut Aidilfitri, Duta China ke Malaysia, Bai Tian menampilkan erti keikhlasan dengan menyampaikan ucapan raya dalam bahasa Melayu.

Meskipun tidak sempurna bibit sebutannya, mesej yang cuba diterapkan menerusi video hampir dua minit itu dilihat sarat dengan tema Aidilfitri iaitu erti kemenangan, selain dihiasi bait pepatah bagi menggambarkan usaha mengharungi cabaran tatkala sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Tian menyifatkan ucapan itu mewakili masyarakat Muslim di republik berkenaan, yang turut menyambut lebaran dengan cara tersendiri.

“Saya ingin atas nama rakyat China khususnya 20 juta Muslim China mengucapkan selamat Hari Raya kepada semua rakan Muslim Malaysia sekalian.

“China dan Malaysia bagai isi dengan kuku. Bak pepatah bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Semoga semua rakan Muslim Malaysia terus dikurniakan kesejahteraan.

“Sekali lagi, selamat Hari Raya,” katanya menerusi pautan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Kedutaan Republik China di Malaysia.  – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *