Home » Langit Terbuka » Semua IPTA berstatus autonomi

Semua IPTA berstatus autonomi

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, status autonomi memberikan kuasa kepada Lembaga Pengarah Universiti dan Lembaga Gabenor Universiti masing-masing membuat apa juga keputusan

KUALA LUMPUR – Semua 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini kini berstatus autonomi selepas enam IPTA terakhir menerima watikah autonomi daripada Kementerian Pendidikan semalam.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, status autonomi memberikan kuasa kepada Lembaga Pengarah Universiti dan Lembaga Gabenor Universiti masing-masing membuat apa juga keputusan.

“Autonomi adalah penurunan kuasa yang membolehkan universiti bergerak dengan berkesan bagi mencapai kecemerlangan dan memperkasakan IPTA ke peringkat dunia.

“Status autonomi juga membolehkan universiti lebih fleksibel dalam membuat keputusan bagi menentukan hala tuju mereka, termasuk dari segi kewangan dan pengurusan sumber manusia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, meskipun IPTA mempunyai kuasa untuk mengurus sumber tanpa perlu merujuk kepada agensi pusat, IPTA perlu mematuhi prinsip asas kerana autonomi itu bukan bersifat mutlak dan masih tertakluk kepada pengarahan am pendidikan tinggi, strategi dan dasar kerajaan serta kementerian.

Program pelaksanaan autonomi IPTA diperkenalkan pada 2012 di bawah pelan tindakan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara bagi mengubah paradigma IPTA ke arah pengurusan pendidikan tinggi yang lebih berkesan.

“Penurunan kuasa ini dilakukan secara berperingkat kerana memerlukan rundingan antara Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi Pusat,” demikian menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, 14 IPTA mendapat status autonomi masing-masing.

Enam universiti yang menerima watikah autonomi hari ini ialah Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris , Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Perlis. – Bernama

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *