Home » Langit Terbuka » Senarai Kabinet: 2 Julai Angkat Sumpah

Senarai Kabinet: 2 Julai Angkat Sumpah

Kenyataan Akhbar Istana menyebut Pejabat Perdana Menteri telah menghantar senarai nama tersebut pada 20 Jun lalu untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR – Istana Negara memaklumkan bahawa Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet akan diadakan pada 2 Julai ini.

Pemakluman tersebut dinyatakan dalam satu kenyataan akhbar oleh Istana Negara.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa Pejabat Perdana Menteri telah menghantar senarai nama tersebut pada 20 Jun lalu untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Senarai nama tersebut telah diperkenankan oleh baginda dan dipulangkan semula ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun.

Pihak istana berharap pihak media untuk tidak menyiarkan sebarang berita dan maklumat yang tidak tepat terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan baki senarai nama Kabinet kerajaan sudah dimuktamadkan dan hanya menunggu masa untuk diumumkan pada upacara mengangkat sumpah. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *