Home » Langit Terbuka » Setakat ini saya boleh laksana tugas tanpa timbalan – Na’im

Setakat ini saya boleh laksana tugas tanpa timbalan – Na’im

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR – Ketiadaan timbalan menteri bukan penghalang untuk  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjalankan tugasnya.

Jelas Mohd Na’im, melantik timbalannya merupakan kuasa  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, sama ada mempunyai pembantu atau sebaliknya,  beliau sentiasa bersedia melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Apatah lagi, beliau mendapat kerjasama penuh daripada kakitangan kementerian tersebut dan perkara itu memudahkan urusannya setiap hari.

“Saya jenis kalau itu ditetapkan perdana menteri, saya laksana kerja tanpa sebarang aduan, itu amanah.

“Setakat ini Allah bantu saya, berkat sokongan semua warga kerja agensi dan rakyat keseluruhannya termasuk perdana menteri dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memudahkan untuk saya jalankan amanat sebaiknya. Setakat ini saya boleh laksanakan,” ujarnya.

Mohd Na’im merupakan menteri penuh bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tanpa timbalan.

Kini genap setahun beliau mengurus hal ehwal agama Islam negara di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *