Home » Langit Terbuka » Sheikh Ekrima Puji Perpaduan rakyat Malaysia dalam Isu Palestin, Masjid Al-Aqsa

Sheikh Ekrima Puji Perpaduan rakyat Malaysia dalam Isu Palestin, Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Imam Besar Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekrima Said Sabri memuji perpaduan rakyat Malaysia dan pendirian teguh mereka dalam menyokong perjuangan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

Dr Ekrima yang kini dalam rangka lawatan ke Malaysia berkata ini dapat dilihat melalui solidariti padu yang diketengahkan melalui boikot termasuk dari segi ekonomi, yang menjadi bukti keikhlasan pendirian rakyat Malaysia.

“Rakyat Malaysia juga merupakan antara masyarakat Islam yang paling setia dan berpegang teguh dalam memperjuangkan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

Saya berterima kasih kepada semua”, katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan yang dihantar melalui WhatsApp.

Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaannya kepada Kerajaan Malaysia dan memuji pendirian berprinsip dan positif dalam menyokong Palestin, terutamanya pendirian dalam menolak pendudukan Israel.

Tegasnya isu Masjidil Aqsa adalah tanggungjawab semua, bukan rakyat Palestin sahaja.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata lawatan Dr Ekrima ke Malaysia adalah untuk memenuhi undangan majlis ilmu.

“Sheikh Dr Ekrima, mantan Mufti Besar Palestin, bukan sekadar seorang yang alim, tetapi seorang pejuang, tetap teguh mempertahankan tanah Palestin”.

“Semoga Allah memelihara Al-Aqsa, mengangkat derita saudara kita, dan mengurniakan mereka bahagia”, kata Na’im dalam satu hantaran di Facebooknya. –AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *