Home » Langit Terbuka » Siapa pun MB, agenda dakwah perlu diutamakan

Siapa pun MB, agenda dakwah perlu diutamakan

Mufti Pahang menegaskan, apabila agama didahulukan dalam pentadbiran khususnya, nescaya perkembangan ekonomi, sosial, kebajikan rakyat semua akan terjamin. - Foto Flickr

KUANTAN – Siapa pun yang akan menerajui kepimpinan Pahang, kerajaan negeri perlu menjadikan agenda dakwah sebagai teras agama.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, kepimpinan kerajaan negeri ini wajar mengambil contoh akhlak Rasulullah SAW sebagai kepimpinan.

“Siapa pun atau parti mana yang mentadbir negeri ini mengharapkan kerajaan yang akan datang meningkatkan dakwah kepada yang bukan Islam supaya kita bersatu hati.

“Kita mengharapkan keputusan daripada pilihan raya ini memberi peluang kepada orang Islam memerintah.

“Kita adalah sebuah negara Islam, jadi kita kena mempertahankan agama maka mengekalkan negara Islam sebagai negara yang mempunyai raja beragama Islam sebagai pemerintah,” katanya.

Tambah Dr. Abdul Rahman, sebagai negara  pelbagai kaum,  keutamaan ialah menghormati semua bangsa.

Jelasnya lagi, tanggungjawab berdakwah itu perlu diambil oleh semua pihak dan bukan kepada badan-badan tertentu sahaja untuk dalam memperjuangkan syiar Islam.

Menurutnya, apabila agama didahulukan dalam pentadbiran khususnya, nescaya perkembangan ekonomi, sosial, kebajikan rakyat semua akan terjamin dan kekayaan negara akan datang dengan sendirinya.

“Kita rakyat sendiri nampak Yang Di-Pertuan Agong sendiri pergi berjemaah Subuh, tak kan Agong sahaja hendak berdakwah seorang? Seharusnya kepimpinan negeri juga ikut cara pemerintahan itu dan anak muda akan mencontohi itu.

“Ajak anak muda pergi berjemaah sekali, maka semua akan baik, bermula dengan penyatuan ummah di masjid dan ke arah peningkatan keimanan.

“Dakwah ini bukan sahaja diberi kepada  jabatan agama atau jabatan mufti sahaja tetapi perlu diterapkan kepada kepimpinan kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Mufti Pahang berharap rakyat dan sebagai umat Islam mentaati pemerintah dan pemimpin yang berjuang demi Islam tanpa sebarang perbalahan. – MalaysiaGazette

 

 

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *