Home » Citra Yadim » YADIM Kader Dakwah : Rakan Remaja YADIM SMK Beris Panchor (2)

YADIM Kader Dakwah : Rakan Remaja YADIM SMK Beris Panchor (2)

BACHOK – Inisiatif Dakwah yang berkesan seharusnya dijalankan secara berterusan, bukannya sekadar Touch & Go semata mata.

Inilah yang dilakukan YADIM Kelantan menerusi program YADIM Kader Dakwah : Rakan Remaja YADIM pada 17 November.

Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor (2), di sini seramai 45 pelajar yang merupakan bekas peserta program Transformasi Orang Muda (TOM) Siri 1 anjuran YADIM Kelantan menyertai program ini.

Pengetua SMK Beris Panchor (2) Encik Law Ann Chay menyampaikan ucapan aluan dalam program yang mempunyai objekytof untuk untuk mencungkil dan melahirkan pemimpin di kalangan pelajar ini sebelum perasmian disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Taklimat berkenaan Rakan Remaja YADIM telah disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff.

Pengisian motivasi kepada pelajar pula membawakan perunding motivasi ITQAN Partners Training & Consultancy, Encik Muizuddin Mukhtar dengan tajuk ‘Motivasi Remaja’ dan ‘Anda Pemimpin Hebat’.

Program ini merupakan sebahagian aktiviti Bulan Dakwah 3.0 YADIM Kelantan.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Nadwah Kepemimpinan Islam Generasi MADANI

HULU LANGAT – Program Training of Trainers Nadwah Kepemimpinan Islam Generasi MADANI Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Kepimpinan Muda YADIM telah berlangsung pada

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *