Siapakah Bediuzzaman Said Nursi?

0
6514
Bediuzzaman Said Nursi (foto: islamicinvitationturkey.com)

Bediuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1877 di Timur Turki dan meninggal dunia pada tahun 1960 di Urfa, Turki. Pembaca boleh merujuk biografinya untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci tentang kehidupannya yang panjang untuk dijadikan sebagai tauladan.

Kehidupannya merangkumi dekad terakhir Empayar Uthmaniyyah, yang runtuh selepas Perang Dunia Pertama dan penubuhan semula Republik. Seterusnya di susuli dengan dua puluh lima tahun peraturan Parti Republik Rakyat yang terkenal dengan langkah-langkah yang diambil untuk menentang Islam yang berakhir dengan sepuluh tahun pemerintahan Demokratik yang memberikan keredaan sedikit demi sedikit untuk Bediuzzaman.

Sejak di awal usianya, kebijaksanaan Bediuzzaman telah menonjol dengan luar biasa dalam pembelajaran. Beliau telah menamatkan pengajian biasa pendidikan madrasah dalam usia seawal empat belas tahun dengan memperolehi ijazah.

- advertisement -

Dia menjadi terkenal dengan ingatan berkamera dan rekod perdebatannya yang tidak dapat dikalahkan apabila berdebat dengan ulama-ulama pada ketika itu. Dengan berlalunya masa, sains fizikal telah digugurkan dari silibus pendidikan madrasah, dia telah merumuskan satu kertas cadangan yang komprehensif untuk melakukan pembaharuan semula dalam sistem pendidikan melalui penyatuan ilmu-ilmu agama tradisional dan sains moden dengan cadangannya untuk mendirikan sebuah universiti di Wilayah Timur, dikenali dengan nama Medresetüz-Zehra.

Pada tahun 1907 beliau telah membawa cadangan beliau ini ke Istanbul untuk dibentangkan kepada Sultan Abdul Hamid. Walaupun kemudiannya sebanyak dua kali beliau menerima dana untuk pembinaan universiti ini, dan asasnya telah dirasmikan pada tahun 1913, ia tidak dapat disiapkan kerana meletusnya Perang Dunia Pertama.

Berlawanan dengan sikap para ulama ketika itu, Bediuzzaman sendiri mempelajari dan menguasai ilmu fizik, ilmu matematik, dan kemudian mempelajari falsafah, karena ia percaya bahawa hanya dengan cara ini sahajalah teologi Islam (kalâm) dapat diperbaharui dan dapat menjawab serangan-serangan terhadap kebenaran Al-Qur’an dan Islam.

Beliau mengakui bahawa kejatuhan pemerintahan Uthmaniyyah selari dengan kemajuan Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 disebabkan oleh tiadanya integrasi sains fizikal dan matematik dalam pendidikan madrasah yang menyebabkan Eropah menguasai dunia Islam dan menyerang Al-Qur’an dan Islam atas nama sains dan kemajuan.

Oleh itu, semua usaha Bediuzzaman adalah untuk membuktikan dan memperlihatkan kepalsuan tuduhan-tuduhan ini, dan membuktikan adalah sangat tidak wajar tuduhan bahawa al-Quran dan Islam tidak bersesuaian dengan sains dan kemajuan. Al-Qur’an adalah sumber kemajuan yang hakiki dan bertamadun, dan akan menguasai masa hadapan, walaupun secara relatif kemajuannya menurun pada ketika itu.

Dengan keazaman yang tinggi dalam ilmu pengetahuan, beliau telah berkhidmat untuk Islam melalui penglibatan pendidikan secara aktif dalam kehidupan sosial masyarakat awam. Semasa perang, beliau mengetuai askar tentera militia medan Hadapan Caucasia melawan serangan tentera Rusia, yang kemudiannya beliau dianugerahkan Pingat Perang.

Untuk memastikan orang-orangnya terus bersemangat tinggi, dia sendiri turut memasuki parit-parit walaupun terus-menerus menerima serangan yang dilancarkan semasa perang. Ketika serangan besar-besaran itulah dia menulis tafsir al-Quran yang terkenal, “Tanda-tanda Keajaiban” dengan memerintahkan anak murid yang bersamanya menulis walaupun ketika beliau sedang menunggang kuda. Selanjutnya dalam perang itu, Bediuzzaman telah menjadi tawanan pada bulan Mac 1916 dan dihantar menjalani tahanan di Rusia selama dua tahun. Beliau kemudiannya dapat melarikan diri pada awal tahun 1918, dan kembali ke Istanbul melalui Warsaw, Berlin, dan Vienna.

Kekalahan kerajaan Uthmaniah dalam perang telah menyaksikan berakhirnya Empayar dengan penaklukan Istanbul dan beberapa wilayah Turki oleh tentera asing. Tahun-tahun getir ini juga telah menyaksikan transformasi “Said Lama’ ke ‘Said Baru’, iaitu tempoh utama yang kedua dalam kehidupan Bediuzzaman.

Penentangan beliau terhadap tentera British dan dalam masa yang sama beliau telah dilantik sebagai ahli Darul’l-Hikmeti’l-Islamiye, badan ulama yang berada di bawah Pejabat Shaykhu’l-Islam. Dalam masa semua penerimaan pujian dan penghargaan perkhidmatan yang di perolehinya ini, Bediuzzaman telah melalui perubahan dari segi mental dan rohani yang mendalam di mana beliau membuat keputusan untuk berpaling dari kehidupan kegemilangan dunia. Menyedari kekurangan sains kemanusiaan dan falsafah yang telah dipelajarinya untuk mencapai kebenaran, beliau telah mengambil al-Quran sebagai ‘panduan utama’.

Sebagai pengiktirafan perkhidmatannya dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bediuzzaman telah dijemput ke Ankara oleh Mustafa Kamal. Tetapi ketika beliau tiba di sana, beliau mendapati dalam saat kemenangan Turki dan Islam, pengaruh orang-orang atheis telah tersebar di kalangan ahli-ahli dewan parlimen dan pegawai-pegawainya dan ramai yang lalai dalam menjalankan tanggung jawab agama. Menyedari hal ini, beliau menerbitkan pelbagai karya yang berjaya menentang gejala ini.

Dengan baki selama lapan bulan di Ankara, Bediuzzaman mula memahami taktik Mustafa Kamal dan pemimpin-pemimpin baru yang mereka bakal ambil, dan ketika itu beliau merasakan beliau tidak dapat bekerja bersama mereka. Beliau juga turut sedar bahawa mereka ini tidak boleh dikalahkan melalui politik lalu membuat keputusan untuk meninggalkan Ankara untuk pergi ke Van dengan menolak tawaran pelbagai jawatan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Mustafa Kamal dengan menarik dirinya dari kehidupan duniawi dan memasukki kehidupan beribadah dan tafakkur.

Dalam masa yang sama, apa yang ditakuti tentang rejim baru tersebut telah mula menunjuk belangnya: langkah pertama yang mereka ambil adalah dengan menukar gaya pemerintahan kearah pemerintahan sekular  serta mengurangkan kuasa agama Islam di dalam negeri sehingga membasmikan perkara-perkara agama dalam kehidupan rakyat Turki.

Pada awal tahun 1925 terdapat pemberontakan di timur yang mana Bediuzzaman langsung tidak memainkan peranan, tetapi tanpa usul periksa beliau dihantar dan dikurung di barat Anatolia bersama dengan ratusan rakyat Turki yang lain. Maka bermulalah fasa dua puluh lima tahun pengurungan, penjara, dan penindasan yang tidak adil terhadap Bediuzzaman.

Dia kemudiannya dihantar ke Barla, sebuah desa kecil di pergunungan wilayah Isparta. Walau bagaimanapun, percubaan untuk mengurungnya dan membuat beliau diam telah memberi kesan yang sebaliknya, kerana Bediuzzaman sudah mempersiapkan dirinya untuk menghadapi cabaran baru yang dia telah jangkakan sebelum ini: tahun-tahun itu kita boleh lihat kemunculan penulisan Risale-i Nur, disebarkan secara rahsia dan telah membina akar yang kukuh di kalangan rakyat, memerangi kezaliman dan penindasan dengan menggunakan cara yang paling berkesan dalam percubaan untuk menumbangkan Islam, meruntuhkan iman dan menyebar falsafah materialistik yang cuba ditanam ke atas masyarakat Islam Turki.

 

Disediakan oleh urusetia SEMINAR DAN BENGKEL  ANTARABANGSA RISALE I NUR yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 12 Mei 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here