Malaysia terus konsisten memperjuangkan isu Palestin di pentas antarabangsa apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menyampaikan ucapan penuh ketegasan dalam Sidang Tergempar Arab-Islam di Doha, baru baru ini.
Perpaduan mesti diperkukuhkan, kerjasama ekonomi, politik, teknologi dan pembangunan perlu diperluaskan dan kestabilan mesti dipertahankan sebaiknya.
“Kita juga tidak boleh hanya berharap kepada tindakan kerajaan atau negara kerana difahami ada keterbatasannya. Gerakan masyarakat sivil dan advokasi komuniti antarabangsa ‘people to people, people to government’ juga perlu dipergiatkan sedayanya,” kata beliau lagi.
Untuk rekod, Dr Zulkifli mengiringi PM Anwar sewaktu menghadiri sidang Sidang Tergempar Arab-Islam di Doha pada 15 September lalu.



KOMEN