Home » Citra Yadim » Singgah Sahur bersama warga kerja dan banduan Penjara Penor

Singgah Sahur bersama warga kerja dan banduan Penjara Penor

KUANTAN – YADIM Pahang dijemput menyertai program singgah sahur bersama sebahagian banduan penjara Penor di sini yang terlibat dengan program tahfiz Baitul Hikmah dan kelas tafaqquh fiddin pada 26 April lalu.

Program Singgah Sahur Komisioner Jeneral Penjara Malaysia bersama Penghuni Tahfiz Jabatan Penjara Malaysia 2022 yang julung kali diadakan ini, turut melibatkan penjara-penjara terpilih dari seluruh Malaysia secara atas talian.

Program peringkat negeri Pahang yang diadakan di Masjid As-Syakirin Penjara Penor bermula jam 5pagi tersebut dihadiri oleh Timbalan Komisioner Penjara Dato’ Abu Hasan Hussain Pengarah Penjara Bentong yang menjalankan tugas Pengarah Penjara Negeri Pahang, Penolong Kanan Komisioner Penjara Tuan Fayrouz Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Penor, Penguasa PenjaraTuan Mohd Faizal Jidin Timbalan Pengarah Penjara Penor, Ustaz Sayuti Osman Pengerusi Masjid Fatimah Az-Zahra (MAFAZ) Indera Sempurna dan Ustaz Faizal A.Zubir Zailani Imam MAFAZ.

Selepas menikmati jamuan sahur dan solat subuh berjemaah, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok Pengarah YADIM Pahang dijemput untuk menyampaikan tazkirah ringkas.

YADIM negeri Pahang amat berbesar hati di atas jemputan program tersebut dalam rangka kerjasama pengukuhan dakwah dengan pelbagai pihak.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *