Home » YADIM MADANI » Siri keempat Sepakat Madani

Siri keempat Sepakat Madani

Perasmian siri keempat Sepakat Madani disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama, Yang Berhormat Dr. Hafidzah Mustakim. (baju merah, tengah).

KOTA BHARU – Siri Keempat Sepakat Madani Bersama Komuniti telah berlangsung di Dewan Bestari Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu pada 29 Februari.

Program bermula dengan Bicara Minda bertajuk ‘Malaysia Madani Memupuk Masyarakat Sejahtera’  yang disampaikan oleh Duat Al Falah, Dr. Mohd Sharani Mohd Naim.

Selesai Bicara Minda, program diteruskan dengan penyampaian bakul makanan sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada 30 asnaf yang dikenalpasti memerlukan.

Seramai 80 orang ahli komuniti Madani telah menghadiri program ini. Perasmian program telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama, Yang Berhormat Dr. Hafidzah Mustakim.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Encik Muhd Nor Aswadi Md Nor dan Pengurus YaPEIM Negeri Kelantan, Encik Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh.

Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan ialah Pengarahnya, Ustaz Mahadi Awang yang turut menyampaikan ucapan aluan.

Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, YADIM Negeri Kelantan, YaPEIM dan Duat Al Falah.

Siri sebelum ini telah diadakan di Parlimen Tumpat,Tanah Merah dan Kubang Kerian.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *