Home » Langit Terbuka » Sittah Annur bertaubat secara terbuka esok

Sittah Annur bertaubat secara terbuka esok

KUALA LUMPUR – Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, 39, akan mengumumkan pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka esok.

Sittah atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar akan membuat pengisytiharan itu menerusi Facebook (FB) rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada jam 10 pagi.

Sumber berkata, majlis akan dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof; Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir; Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Abdul Aziz Jusoh.

“Masitah dijangka akan membaca teks Istitabah dan menandatangani dokumen perakuan taubat yang akan disaksikan empat saksi utama.

“Majlis dijangka selesai selepas teks dan perakuan taubat ditandatangani,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut sumber, kebiasaannya selepas dokumen perakuan taubat dibuat, waran tangkap terhadapnya juga terbatal.

Untuk rekod, terdapat 13 laporan polis dibuat terhadap kumpulan itu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, selain tindakan penguatkuasaan antara pihak berkuasa, pihaknya juga akan berusaha selamatkan pengikut kumpulan PMYT.

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *